Monday, October 29, 2012

Pilihanraya USA vs Emas


bahang pilihanraya...biasalah, pemerintah akan jaga ekonomi, kasi cantek walaupun dah parah, nak mgundilah katakan...
 senario ni akan berulang lagi pada tahun 2016 akan dtg

After election 6th november nnt, harga insyaAllah naik semula lah kan?

Saturday, October 20, 2012

Keajaiban Emas Fizikal


Rahsia dan keajaiban emas fizikal, mari perhatikan penerangan saya bagi setiap transaksi jual beli (1-5)

1- Walaupun beli 100g bar pada 29/2/2012 di paras USD1784 dengan harga (RM19098+Rm30)..tinggi tu nak banding harga sekarag

Monday, July 30, 2012

Harga emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas dagangannya "Troy per oz".

Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1gram.

*1 Troy per oz = 31.1gram

Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.

Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, perngiraannya seperti berikut:

1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya adalah;

Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.

$1,623 ÷ 31.1 = $52.20

2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;

Friday, July 6, 2012

Spread Harga Emas Public Gold

Assalam..

Hari ini marilah kita belajar cara nak kira spread harga emas public gold

HARGA SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). HARGA SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula HARGA SPREAD adalah sebagaimana berikut:

HARGA SPREAD = Harga WE SELL - Harga WE BUY
Peratusan HARGA SPREAD = (Jumlah HARGA SPREAD / Harga WE SELL) x 100

secara ringkasnya harga spread ini ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Saturday, June 23, 2012

10 Alasan Popular Bagi Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Saya sangat tertarik dengan tulisan daripada blog ammar berkenaan aurat ini.. rupanya dalam hidup saya.. saya sudah pernah terjumpa alasan alasan ini yg diajukan pada saya. terutama ketika saya mengajar agama. semoga tulisan ini boleh menjadi panduan saya dan kita semua.. Jom baca 

1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

Wednesday, June 6, 2012

Bagaimana Cara Membeli Emas Public Gold

Modal atau duitnya sudah ada, tinggal lagi bagaimana cara  membeli emas Public Gold ini. Apa yang akan saya terangkan ini adalah khusus untuk pembelian melalui saya sebagai agen.
1) Sila dapatkan harga semasa emas yang ingin dibeli dengan melayari laman web Public Gold. Atau lihat sebagaimana yang tertera di blog saya sekarang (sebelah kiri).

   <<<<<<------------------------

2) Sekiranya berpuashati dengan harga tersebut, anda boleh call saya di talian 013-9823736 untuk ‘lock’ harga. Perlu diingat, harga emas secara automatik akan dikemaskini setiap 20 minit, jadi ada kemungkinan harga tersebut akan terus kekal untuk jangkamasa 20 minit berikutnya dan mungkin juga akan naik mahupun turun. Sekiranya telah bersetuju melakukan ‘lock’ harga pada awal tadi, kita akan terus berurusniaga pada harga tersebut tanpa mempedulikan harga terbaru. Sikap jujur dan amanah amat perlu dalam perniagaan ini.

Saturday, May 19, 2012

Info Penting Sebelum Membeli



Assalamualaikum semua,
Ok, memandangkan rata-rata bentuk soalan yang saya terima hampir sama ja minggu ni, jadi harini saya nak tulis serba sedikit tentang pilihan emas yang sesuai untuk anda.
“En Amir, saya baru nak mula beli emas ni, tapi pening la..banyak syarikat emas dah sekarang ni..yang mana bleh dpt untung cepat ya”
“Kalau saya beli emas dari company ni ok tak cik amir?”
“sy tgk company ni dia juai emas lagi murah la dr PG”
“company ni bagus la..dia bagi komisen tinggi..”

Ok jom kita tengok ciri-ciri yang anda perlu lihat sebelum nak buat  keputusan utk beli emas.
1. Harga emas mengikut harga pasaran
Pastikan harga emas yang dijual adalah mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Bukan apa, kalau kita beli harga emas lebih mahal dari harga pasaran, nanti nak jual balik susah la nak dptkan untung yang maksima.
Kalau kita tengok harga emas kat website publicgold http://www.publicgold.com.my, harga yang dipamerkan adalah harga semasa mengikut harga pasaran antarabangsa. Anda juga boleh rujuk website kitco http://www.kitco.com untuk mengetahui harga semasa pasaran antarabangsa.
Sesetengah pelaburan emas, mereka menjual emas lebih mahal dari harga pasaran antarabangsa. Tapi kalau nak lebih mahal, pastikan harga emas tu tak lebih mahal daripada harga emas kat kedai2 emas di malaysia. Boleh rujuk harga emas kat web http://goldprice.org

Petua Berniaga Rasulullah SAW

Petua Berniaga Rasulullah s.a.w.

1. Keuntungan Sasaran Kedua - Seseorang peniaga Muslim itu sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan. Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga Muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

Sunday, May 13, 2012

Semakin Hari Barang Makin Mahal So Nak Buat Apa?

Hampir 90% masyarakat di dunia menyangka harga barang dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘MONEY’ yang sebenar. Sebenarnya harga barang dan servis adalah semakin MURAH hari demi hari! Ini suatu kenyataan yang benar. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘MONEY’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas dan bukanya ‘paper money’, kita PASTI akan mendapati harga barang dan servis semakin murah hari demi hari.

Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih
(ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm30, dan rm1 = 5 biji kuih).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 360 biji kuih
(ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm180, dan rm1 = 2 biji kuih).
Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas,
tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebuah kereta standard
(ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard
(ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan ~rm60,000 = 1 kereta standard).
Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas,
tetapi sebuah kereta standard tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

Jadilah marilah kita mula simpan emas walaupun dgn jumlah yg kecil

Faedah Jadi Dealer Public Gold

Ni faedah yang semua dealer akan dapat di public gold..


1. Boleh buat EPP (easy payment programme) - ansuran bulanan utk 4 bulan. Ada admin fee utk bulan pertama sahaja sebanyak 0.5% drp total harga SELL.


2. Boleh buat PSP (public safe special programme) - simpanan bercagarkan wang sebanyak 65% drp jumlah simpanan mengikut nilaian semasa harga SELL. Kos upah simpan yang dikenakan adalah sebanyak 0.8% drp total harga SELL. Tempoh masa simpanan 6 bulan sahaja dan boleh sambung dengan syarat tebus balik then simpan balik.

3. Boleh buat PSP (public safe special programme) - simpanan tanpa cagaran duit. Maksudnya, simpan senyap sptmana peti safe deposite bank. Upah simpannya 1% drp total harga barang harga SELL. Ada insurans penuh dan kalau hilang, ganti 1 to 1. Dapat barang yang sama sptmana kita bg ke PG.

Sunday, May 6, 2012

Emas Sentiasa Mahal Dan Dipandang Mahal

1 : Pada tahun 2000 harga emas sekitar RM100/gram orang kata EMAS MAHAL


2 : Pada tahun 2009 harga emas sekitar RM110/gram Orang kata EMAS MAHAL.


3: Pada tahun 2010 harga emas dah RM120/gram Orang kata EMAS MAHAL..


4. PADA TAHUN INI...hingga kini harga emas 999.0 ( Jika ikut harga Persatuan Emas) dah RM201/GRAM !..Orang Kata MAHAL !


5. PADA TAHUN 2012 HARGA EMAS DIJANGKA MENCECAH RM250/GRAM...LAGI MAHAL..!!


Saudara mara dan rakan-rakan Emas tetap mahal setiap tahun..namun jika tak rebut peluang untuk miliki emas sekarang..EMAS tetap akan MAHAL lagi pada tahun - tahun akan datang..

Saturday, April 14, 2012

Jualan Promosi Blog

jualan awal bulan mei..
Jualan masa harga tengah murah.. 


PG 10 gram rm1810 -> ada 3 pcs 


PG 1dinar rm735 --> ada 1 pc sahaja..

sila msg / call 012-924 9287 




beli masa murah berbaloi baloi..



Friday, March 16, 2012

Emas jadi buruan pelabur



Harga tertinggi pada tahun 2011 ialah usd1900/oz. Semasa article ni ditulis harga usd1661/oz. Masih dikira waktu sesuai membeli emas kepada yg masih belum beli... click pada gambar untuk besarkan..

Kakitangan kerajaan di saran simpan emas


Emas adalah logam berharga yang menjadi simbol kepada kekuasaan, kemewahan dan kebebasan. Bersandarkan kepada faktor itu, emas amat bernilai di dunia dan berperanan lebih daripada perhiasan wanita malah boleh dijadikan aset paling berharga untuk menjamin masa depan. nak beli bole call saya.. Pada bahagian about  me (kiri sebelah atas) ada maklumat pasal diri saya..

Tulisan ni ada dalam perenggan pertama akhbar berikut.. mungkin akhbar utusan melayu.. 

Thursday, March 15, 2012

Kebaikan membeli emas PublicGold

1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang) 
2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas 
3. Suarikat memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya atau bengkok asalkan beratnya masih sama. 
4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%). 
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K). 
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia. 
7. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online. 
8. Ahli-ahli Public Gold kebanyakannya mempunyai kemahiran membaca analisa secara teknikal graf Emas


Gambar di bawah adalah antara produk Public Gold

Wednesday, March 7, 2012

Video Korporat Public Gold

Video Korporat Public Gold. Kejayaan kami hari ini di atas sokongan dan kepercayaan semua pelanggan. Semoga kita semua terus maju dan berjaya degan emas & perak Public Gold.


p/s: Tawaran dibuka kepada yg berminat menjadi Usahawan Emas & Perak sbg Dealer Public Gold seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Hubungi saya di 012-9249287 utk info dan urusan lanjut. 








Friday, February 17, 2012

7 "takut" atau fobia orang melayu bila sebut simpanan emas fizikal.

Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html