Saturday, May 19, 2012

Info Penting Sebelum Membeli



Assalamualaikum semua,
Ok, memandangkan rata-rata bentuk soalan yang saya terima hampir sama ja minggu ni, jadi harini saya nak tulis serba sedikit tentang pilihan emas yang sesuai untuk anda.
“En Amir, saya baru nak mula beli emas ni, tapi pening la..banyak syarikat emas dah sekarang ni..yang mana bleh dpt untung cepat ya”
“Kalau saya beli emas dari company ni ok tak cik amir?”
“sy tgk company ni dia juai emas lagi murah la dr PG”
“company ni bagus la..dia bagi komisen tinggi..”

Ok jom kita tengok ciri-ciri yang anda perlu lihat sebelum nak buat  keputusan utk beli emas.
1. Harga emas mengikut harga pasaran
Pastikan harga emas yang dijual adalah mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Bukan apa, kalau kita beli harga emas lebih mahal dari harga pasaran, nanti nak jual balik susah la nak dptkan untung yang maksima.
Kalau kita tengok harga emas kat website publicgold http://www.publicgold.com.my, harga yang dipamerkan adalah harga semasa mengikut harga pasaran antarabangsa. Anda juga boleh rujuk website kitco http://www.kitco.com untuk mengetahui harga semasa pasaran antarabangsa.
Sesetengah pelaburan emas, mereka menjual emas lebih mahal dari harga pasaran antarabangsa. Tapi kalau nak lebih mahal, pastikan harga emas tu tak lebih mahal daripada harga emas kat kedai2 emas di malaysia. Boleh rujuk harga emas kat web http://goldprice.org


2. Harga Emas Terkini
Pilih syarikat yang menawarkan harga emas terkini, sebab harga emas ni ada naik dan ada turun..kalau harga emas tu update sehari sekali je, susah la kita..
senario 1: harga emas naik
Bila harga emas naik, pelabur-pelabur biasanya nak menjual emas mereka. Tapi kalau harga emas cuma update sehari sekali je atau seminggu sekali je..susah bagi sesetengah pelabur yang memiliki emas keluaran syarikat mereka untuk menjual semula emas mereka pada harga yang lebih tinggi.
senario 2: harga emas jatuh
Macam tu jugak, kalau harga emas jatuh, kalau harga tak update, jadi susah la pelabur@customer nak borong emas! Sebab time jatuh la kena borong!
3. Spread harga yang kecil
Ok, saya suka menggunakan perkataan spread. Maksudnya, perbezaan harga yang company jual dan harga company beli balik emas yang dia jual pada kita.




















harga di atas adalah harga pada 6 Jun 2012, kita ambil contoh harga untuk 1 Dinar,
PG Sell : RM735
PG Buy : RM691 perbezaan harganya adalah 6%
PG Sell adalah harga PG jual emas pada kita, maksudnya, kalau kita nak beli emas, rujuk harga PG Sell. Kemudian, katakan kita dah untung, so kita nak juai balik emas kepada PG atau mana2 dealer PG, harga yang kami beli balik adalah mengikut harga PG Buy. Perbezaan harga ini (PG Sell tolak PG Buy) adalah spread.
Semakin kecil spread harga tersebut, maka makin senang la nak ambik untung.




















ok kita tengok contoh kat atas ni, katakan harga emas naik sebanyak 20%, dan kita beli emas 1 dinar. Jadi pengiraannya adalah seperti berikut:
Kenaikan harga emas : 20%
spread 1 dinar : 6%
jadi, keuntungan bersih: 20-6= 14%
Ada setengah company, harga yang dijual lebih murah, tapi perlu periksa pula dari segi spread harga tersebut. Sebab adakalanya, harga murah, tapi spread tinggi, jadi tak sesuai untuk pelaburan. Tapi sesuai untuk mereka yang nak jadi dealer, sebab bila spread besar, company ini akan menawarkan komisen yang tinggi kepada dealer. Tapi kepada customer?? bila spread besar?? keuntungan yang diperolehi daripada pembelian emas adalah minima. ;)
4. Yuran keahlian
Sesetengah syarikat, akan mengenakan yuran keahlian untuk seseorang itu menjadi dealer mereka. Hurm, bagi saya ok ja kalau kena bayar yuran pon, tapi kalau yuran tersebut terlalu mahal, rasanya baik guna duit yuran tu untuk beli emas, tah tah bleh beli 1-2 keping dinar kot..?
Macam PG lak, untuk jadi dealer, RM20 ribu, tapi tiada yuran keahlian langsung dikenakan, anda cuma perlu membeli sebarang emas@silver keluaran PG then secara automatik jadi dealer. RM20k jer..berbanding masa mula2 PG dibuka dlu, saya nak jadi dealer kena beli emas yang harganya hampir RM40k..untungkan customer2 sekarang ;)
5. Dealer/Branch
Bila dah beli emas, semestinya kita nak jual balik emas kita tu bila kita dah dapat untung betul tak? Tapi kat mana nak jual? Untuk makluman, PG mempunyai lebih daripada 15 cawangan diseluruh malaysia.
dan mempunyai lebih daripada 7000 orang dealer di Seluruh Malaysia. Dealer2 inspirasiemas pon ramai..bleh cek kat web http://www.inspirasiemas.com. Sebab tu la, customer PG ada lebih 23ribu orang merangkumi Malaysia, Singapura dan Brunei.. ;)
Jadi, tiada masalah untuk customer2 PG untuk berurusan dalam jual beli emas.
6. Stock availability
Paling penting sekali stock..biasanya, time harga murah la susah nak dpt stok..heran betul..peniaga simpan stok ke? sebab beli dulu time harga tinggi then tiba2 jatuh lak price..pastu bila ada customer nak beli, diorg taknak jual!
Kelebihan PG adalah, diorang ada kilang sendiri, jadi, anytime saja stock sentiasa dikeluarkan
7. Beli emas dapat emas
Yang ni sangat penting..Kalau boleh beli emas tu pastikan emas dapat kat tangan kita, jgn la pilih cmpany yg jual emas tp dpt sijil je..tak pon dapat kertas ja..bukan apa, semua ni sebagai langkah berjaga-jaga..sebab kita beli emas ni bukannya seringgit dua ringgit btol tak??
So, bila beli emas, pastikan emas tu kita dapat..then, kalau company ni nak tutup, company ni gulung tikar ke..janji emas tu kat tangan kita..then kita bleh jual emas tu kat mana-mana pon..kalau beli emas tapi dapat kertas je..hah, kalau cmpany ni bankrap, abes la emas kita..btoi dak.. ;)

sebahagian pelabur kerugian bila beli emas x dpt emas, syarikat lak tutup
kalau nak lebih keterangan bole call / sms terus saya. sila godek2 blog ini, nanti akan jumpalah no telefon saya tu.. jgn segan2.
sumber : inspirasiemas

0 comments:

Post a Comment