Friday, February 17, 2012

7 "takut" atau fobia orang melayu bila sebut simpanan emas fizikal.

Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html