Showing posts with label akhbar. Show all posts
Showing posts with label akhbar. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Emas jadi buruan pelabur



Harga tertinggi pada tahun 2011 ialah usd1900/oz. Semasa article ni ditulis harga usd1661/oz. Masih dikira waktu sesuai membeli emas kepada yg masih belum beli... click pada gambar untuk besarkan..

Kakitangan kerajaan di saran simpan emas


Emas adalah logam berharga yang menjadi simbol kepada kekuasaan, kemewahan dan kebebasan. Bersandarkan kepada faktor itu, emas amat bernilai di dunia dan berperanan lebih daripada perhiasan wanita malah boleh dijadikan aset paling berharga untuk menjamin masa depan. nak beli bole call saya.. Pada bahagian about  me (kiri sebelah atas) ada maklumat pasal diri saya..

Tulisan ni ada dalam perenggan pertama akhbar berikut.. mungkin akhbar utusan melayu.. 

Thursday, April 21, 2011

Harga Emas Kekal Tinggi - Berita Harian

pix_gal0











Harga emas kekal tinggi - berita harian


2011/04/21


Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns 

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

Berita Emas Akhbar Kosmo 21 April 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi



SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.




HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi

Sunday, December 19, 2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas


Dr. Mahathir Mohamad memegang replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The Gold Bullion Entreprenueurs Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Tuesday, November 30, 2010

Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012: MIA

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.
Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

Saturday, November 27, 2010

Keratan akhbar tentang emas Public Gold


HARGA EMAS MELAMBUNG – Akhbar Kosmo

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.