Saturday, May 19, 2012

Info Penting Sebelum Membeli



Assalamualaikum semua,
Ok, memandangkan rata-rata bentuk soalan yang saya terima hampir sama ja minggu ni, jadi harini saya nak tulis serba sedikit tentang pilihan emas yang sesuai untuk anda.
“En Amir, saya baru nak mula beli emas ni, tapi pening la..banyak syarikat emas dah sekarang ni..yang mana bleh dpt untung cepat ya”
“Kalau saya beli emas dari company ni ok tak cik amir?”
“sy tgk company ni dia juai emas lagi murah la dr PG”
“company ni bagus la..dia bagi komisen tinggi..”

Ok jom kita tengok ciri-ciri yang anda perlu lihat sebelum nak buat  keputusan utk beli emas.
1. Harga emas mengikut harga pasaran
Pastikan harga emas yang dijual adalah mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Bukan apa, kalau kita beli harga emas lebih mahal dari harga pasaran, nanti nak jual balik susah la nak dptkan untung yang maksima.
Kalau kita tengok harga emas kat website publicgold http://www.publicgold.com.my, harga yang dipamerkan adalah harga semasa mengikut harga pasaran antarabangsa. Anda juga boleh rujuk website kitco http://www.kitco.com untuk mengetahui harga semasa pasaran antarabangsa.
Sesetengah pelaburan emas, mereka menjual emas lebih mahal dari harga pasaran antarabangsa. Tapi kalau nak lebih mahal, pastikan harga emas tu tak lebih mahal daripada harga emas kat kedai2 emas di malaysia. Boleh rujuk harga emas kat web http://goldprice.org

Petua Berniaga Rasulullah SAW

Petua Berniaga Rasulullah s.a.w.

1. Keuntungan Sasaran Kedua - Seseorang peniaga Muslim itu sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan. Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga Muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)

Sunday, May 13, 2012

Semakin Hari Barang Makin Mahal So Nak Buat Apa?

Hampir 90% masyarakat di dunia menyangka harga barang dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Kerana mereka tidak mengerti apakah ‘MONEY’ yang sebenar. Sebenarnya harga barang dan servis adalah semakin MURAH hari demi hari! Ini suatu kenyataan yang benar. Dari tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘MONEY’. Jika kita mengukur harga sesuatu barang berdasarkan emas dan bukanya ‘paper money’, kita PASTI akan mendapati harga barang dan servis semakin murah hari demi hari.

Sebagai contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 150 biji kuih
(ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm30, dan rm1 = 5 biji kuih).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas kita boleh membeli sebanyak 360 biji kuih
(ini berdasarkan harga emas 1 gram = rm180, dan rm1 = 2 biji kuih).
Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.006 gram emas,
tetapi 1 biji kuih tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 0.002 gram emas sahaja!

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebuah kereta standard
(ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm30,000 dan ~rm30,000 = 1 kereta standard).
Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas kita boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard
(ini berdasarkan harga emas 1 kilogram = rm180,000 dan ~rm60,000 = 1 kereta standard).
Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas,
tetapi sebuah kereta standard tahun 2012 hanya memerlukan sebanyak 330 grams emas sahaja!

Jadilah marilah kita mula simpan emas walaupun dgn jumlah yg kecil

Faedah Jadi Dealer Public Gold

Ni faedah yang semua dealer akan dapat di public gold..


1. Boleh buat EPP (easy payment programme) - ansuran bulanan utk 4 bulan. Ada admin fee utk bulan pertama sahaja sebanyak 0.5% drp total harga SELL.


2. Boleh buat PSP (public safe special programme) - simpanan bercagarkan wang sebanyak 65% drp jumlah simpanan mengikut nilaian semasa harga SELL. Kos upah simpan yang dikenakan adalah sebanyak 0.8% drp total harga SELL. Tempoh masa simpanan 6 bulan sahaja dan boleh sambung dengan syarat tebus balik then simpan balik.

3. Boleh buat PSP (public safe special programme) - simpanan tanpa cagaran duit. Maksudnya, simpan senyap sptmana peti safe deposite bank. Upah simpannya 1% drp total harga barang harga SELL. Ada insurans penuh dan kalau hilang, ganti 1 to 1. Dapat barang yang sama sptmana kita bg ke PG.

Sunday, May 6, 2012

Emas Sentiasa Mahal Dan Dipandang Mahal

1 : Pada tahun 2000 harga emas sekitar RM100/gram orang kata EMAS MAHAL


2 : Pada tahun 2009 harga emas sekitar RM110/gram Orang kata EMAS MAHAL.


3: Pada tahun 2010 harga emas dah RM120/gram Orang kata EMAS MAHAL..


4. PADA TAHUN INI...hingga kini harga emas 999.0 ( Jika ikut harga Persatuan Emas) dah RM201/GRAM !..Orang Kata MAHAL !


5. PADA TAHUN 2012 HARGA EMAS DIJANGKA MENCECAH RM250/GRAM...LAGI MAHAL..!!


Saudara mara dan rakan-rakan Emas tetap mahal setiap tahun..namun jika tak rebut peluang untuk miliki emas sekarang..EMAS tetap akan MAHAL lagi pada tahun - tahun akan datang..