Sunday, December 26, 2010

TERKINI…SILVER MENJADI BURUAN DUNIA....


Dalam menghadapi krisis kewangan dunia, para analisis menyeru warga dunia agar menggunakan silver. Kesempatan terbaik untuk umat Islam untuk menyimpan dirham/silver / perak.


Nama Robert T Kiyosaki cukup terkenal di peringkat antarabangsa kerana buku – bukunya yang berkaitan dengan system kewangan dan pelaburan. Telah menulis sekitar lima belas buku laris, dan yang pertama dan popular adalah Cashflow Quadrant: Rich Dad's Guide to Financial Freedom (2000).


Dan tahukah anda saranan/ nasihat terakhir dari Kiyosaki bagi masyarakat dunia untuk menyelamatkan asetnya? 'Belilah perak!' Nasihat 'Belilah perak!'

Sunday, December 19, 2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas


Dr. Mahathir Mohamad memegang replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The Gold Bullion Entreprenueurs Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.

Tuesday, November 30, 2010

Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012: MIA

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.
Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

Sunday, November 28, 2010

Bahaya Sistem Perbankan – Hidup Tanpa Riba

Jika kita melihat kepada situasi semasa dan kita menyusuri titian sejarah, kita akan dapat melihat bahawa sistem riba adalah punca kepada merebaknya penyakit masyarakat.

1 – Runtuhnya kepercayaan kepada jiran

Sistem masyarakat sebenarnya berasas kepada sikap saling mempercayai dan saling bantu membantu.
Zaman sebelum wujudnya bank, masyarakat akan menyimpan harta mereka pada jiran-jiran mereka yang dipercayai.
Siapa tidak kenal seorang lelaki yang digelar Al-Amin ketika Nabi Muhammad masih tidak diberikan wahyu selaku utusan Allah?
Sehinggakan sewaktu Nabi ingin berhijrah, Nabi menyuruh Ali untuk tidur di tempat tidurnya bagi mengembalikan semula amanah masyarakat yang banayk disimpan di rumah baginda.
Apabila bank dibuka, ianya membuatkan orang ramai berpusu-pusu menyimpan duit di dalam bank. Sikap mempercayai kepada masyarakat kejiranan semakin menghilang, dan kini manusia berurusan dengan pihak bank yang tidak dikenali sebelum ini, hanya dikenali sebagai satu syarikat yang ada duit.

Masyarakat diubah mentaliti mereka, bahawa orang yang dipercaya hanyalah manusia berduit yang banyak, dan ini semakin lama semakin merebak di dalam jiwa masyarakat.

Saturday, November 27, 2010

Keratan akhbar tentang emas Public Gold


HARGA EMAS MELAMBUNG – Akhbar Kosmo

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.


Thursday, October 14, 2010

Cetusan Minda dengan Ilmu Tentang Emas


Prof Umar Ibrahim Vadillo
Profile:
Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.
His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study of Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa.
Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?

Melaburla Dalam Emas - Peluang Kaya

assalamualaikum..alhamdulillah semakin ramai myedari bergunanye emas pada satu hari nanti. Kesedareaan pada usia muda adalah satu keuntungn pada diri kita sendiri bkn pada orang lain.Sememgnye pandangan manusia itu berbeza-beza but still boleh berubah..=) kenapa sekarang baru kita sedar??kenapa tidak dari dulu??
kita sendiri lah yang mencorakkan warna warni kehidupan kita didunia yang penuh dengan cobaan ni..
adakah kita memilih untuk menanggung beban pada satu hari nanti?? manakan harta yang dapat membantu kita  kelak?sedarlah yang duit hari2 kita semakin tiada nilainye..RM10 dapat apa je..sekarang tu!!thn2 akn datang ntah apa la jadi dengan RM10 tuuu..so yang dapat menyelamatkan kita adalah simpanan.. emas,dinar tanah kamu..

BENEFIT nye dengan emas yg kita ada?? 
bagi satu contoh la erk..bayak sangat kot..tp bagi la satu..=)

Sunday, October 10, 2010

Kenapa Emas?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Apa yang dimaksudkan dengan emas menjamin masa depan?? 
Emas sentiasa bernilai untuk selama-lamanya insyaALLAH. Nilai emas sentiasa diunjurkan menaik setiap tahun dan jarang sekali kita mendengar harga emas jatuh merudum di pasaran, tidak seperti saham atau matawang yang susut nilainya. sebagai contoh: dulu kita boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan harga 50 sen, tapi sekarang untuk mendapat nasi lemak yang sama, kita memerlukan wang RM 1. Tidak adiI bukan?

Emas: Logam yang dimuliakan oleh Allah Taala


SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
  
Sebut saja mengenai emas, semua orang yang waras mengenali emas, logam yang paling berharga ini acap kali di jadikan hiasan kaum wanita.


Sejarah dunia telah membuktikan ia adalah logam yang amat bernilai,  bagi memperoleh emas ada yang sanggup berbunuh-bunuhan malahan  ia juga membuktikan emas digunakan bagi menebus kawasan ataupun kota yang ditawan pihak lawan sebagai contoh peperangan yang berlaku sekitar 700sm Raja Yehuda menyerahkan sebanyak 30 talenta emas dan 800 talenta perak kepada Sanherib bagi menebus kota -kota yang ditawan oleh Sanherib.