Thursday, November 24, 2011

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Wednesday, November 23, 2011

Tip mudah test emas..

Untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.


1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu


2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

Tuesday, November 8, 2011

Teknik 1- Main Ngn Public Gold je

Ada seorang pelabur dan peniaga emas yang dikenali ramai di Terengganu.. telah membuktikan 
bahawa hanya dengan membeli dengan syarikat dan menjual balik juga kepada syarikat. dia memperolehi keuntungan dalam masa 9 bulan sahaja.. kaedah paling mudah.. beli dan simpan dan rasai keuntungan atas kenaikan harga emas.. berikut ialah buktinya..









Lihat gambar di bawah pula yg menunjukkan kenaikan harga emas sebanyak 51% dalam masa 2 TAHUN sahaja..kalau anda mempunyai wang kertas.. nilainya akan susut dimakan inflasi tetapi dengan emas.. nilainya tidak akan susut dimakan inflasi..











Wednesday, October 26, 2011

Tahun ini 2011 sudah nak tutup buku. apabila saya belek-belek diari. tertengok la sejarah harga emas sebelum ni.. cuba lihat pada jadual di bawah, saya tunjukkan pada anda harga emas yang paling tinggi pernah tercatat tahun ini (2011). 


Harga tertinggi bagi tahun (2011), berlaku pada 23/08/2011. Cuba kita tengok pada harga emas bar 10gram. Apa?????, pada masa tu, harga tinggi wooo.. rm2038.. 


jika kita  bandingkan dengan harga sekarang..-> cuba layari www.publicdinar.com.my.. harga sekarang masih di tahap rendah kan. (masa masa article ni di tulis)

pada pendapat saya yang tak pandai ni, tak mustahil harganya akan naik sehingga ke tahap harga itu (tertinggi) atau mungkin lebih lagi di akhir tahun 2011.

jadi apa tunggu lagi.. peluang terbuka luas di depan mata.. walaupun anda bukan dealer.. saya boleh tolong lock kan untuk anda.. cuma telefon atau sms.. insyaAllah saya akan layan anda dengan senyuman. 






Friday, October 14, 2011

Emas Fizikal vs Duit Kertas


Kali ini ingin berkongsi pengalaman dalam perbandingan menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan duit kertas (RM).
Pada tanggal 13 Ogos 2010, Emas Zaman memulakan pelaburan emas dengan pembelian (LOCK) beberapa ketul dinar emas (916) dan beberapa ketul jongkong emas (999.9).
Dari beberapa ketul emas yang dibeli tu, cuma ingin mengambil beberapa contoh untuk membuat perbandingan yang ringkas.
Baiklah, mari kita sama-sama saksikan gambaran di bawah:
Permulaan pelabur dengan pembelian Emas Public Gold. Harga 1 Dinar pada masa tersebut (13/8/2010) adalah RM581. (Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)
Ok.. mari kita saksikan pula berapa nilai 10 keping 1 dinar seperti gambar dibawah, pada 13 Ogos 2010:
Oleh kerana nilai 1 dinar pada masa itu adalah bersamaan dengan RM581, maka 10 keping 1 dinar adalah:
1 Dinar = RM581, maka 10 x 1 Dinar = 10 x RM581 = RM5810
Nilai 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 adalah RM5810.
Baiklah, sekarang, mari kita tengok harga 1 dinar pada masa artikel ini ditulis:
Harga 1 Dinar pada 13 Oktober 2011, pukul 11.15 malam.
Sekarang, dengan permulaan 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 dengan harga 1 dinar RM581, pada hari ini 1 dinar telah bernilai RM715(setelah tolak spread). Maka 10 keping 1 dinar yang Emas Zaman simpan pada tahun lepas, telah bernilai RM715 x 10 = RM7150, iaitu keuntungan sebanyak RM1340 atau kenaikan sebanyak 23.1% dalam masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
Itu adalah keuntungan jika Emas Zaman berhasrat ingin menjual dengan harga PG BUY kepada pihak Public Gold. Tapi, oleh kerana Emas Zaman adalah Pengedar Sah Public Gold, Emas Zaman boleh menjual dinar-dinar dengan harga PG SELL kepada pelanggan kerana setiap urusniaga emas adalah tertakluk kepada paparan harga semasa dan spread adalah di ambil kira.
Ok.. cuba anda bayangkan, jika wang kertas bernilai RM5810 tadi disimpan di dalam bank-bank atau dilaburkan di dalam mana2 amanah saham yang ada di Malaysia. Mungkin anda akan mendapat pulangan 10% selepas setahun melabur dalam amanah saham atau mungkin kurang dari itu. Jika 10% maka nilai RM5810 selepas setahun akan menjadi RM6391 iaitu keuntungan sebanyak RM581.
Dengan kuantiti dan berat dinar yang sama yang dibeli pada tahun lepas, nilainya tidak sama pada hari ini… Jika duit RM5810 pada tahun lepas tidak ditukar kepada bentuk emas, berapa nilainya pada tahun ni? ….
Oleh itu, pada pendapat anda, simpanan mana yang lebih untung? simpan RM? atau simpan EMAS?
Tepuk dada tanya selera. Duit anda, pilihan anda. (^_^)
Sekian.
*paparan nota RM dalam penulisan ini adalah sekadar untuk perbandingan sahaja.
sumber: emas zaman

New Produk Public Silver 100gm


New Product : PUBLIC SILVER 100gram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Di dalam kemelut website yang telah di hack, PG masih mampu mengeluarkan produk baru yang telah lama dinanti-nantikan oleh semua yang menantikan produk mampu milik.

Welcome on board;

PUBLIC SILVER 100 gram


Dengan harga yang menarik,

ia sememangnya mampu mengatasi harga pesaing terdekat :)





Jika berminat untuk lock harga...

sila klik CARA BELI & hubungi saya segera ~ 012-9249287 (mazrie).
# memandangkan ini adalah produk baru,

semua pre-order mungkin mengambil sedikit masa untuk sampai ke tangan pelanggan.

Tuesday, October 4, 2011

Sorotan Harga Emas


Alhamdulillah,

Segala pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa atas segala nikmat dan kurniaanNya, dan sehingga ke hari ini telah genap 1 tahun 22 hari saya menjadi Dealer / Ejen Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Justeru, sebagai panduan dan dorongan kepada kita semua agar terus konsisten membuat pelaburan ke atas komoditi Emas dan Perak ini, jom kita sorot semula harga Emas & Perak yang telah saya beli pada 12 bulan yang lalu dan mari kita sama-samanbandingkan harganya pada hari ini.

Cuba lihat harga Emas Goldbar 999.9 dengan berat 20g pada 4 Oktober 2010 yang lalu, ia hanya RM2,978.00 sahaja dan anda boleh bandingkan sendiri dengan harga semasa di bahagian tepi blog ini, dan untuk makluman harga bagi emas 20g ini pernah melebihi RM4,000.00 pada bulan September yang lalu.

3 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMBELI SENDIRI EMAS PUBLIC GOLD ATAU BERGELAR DEALER EMAS PUBLIC GOLD.

1. KENAL PASTI EMAS YANG ANDA BERKENAN(JONGKONG? DINAR? SILVER?)
2. KENAL PASTI CAWANGAN PUBLIC GOLD TERDEKAT DENGAN ANDA.
3. TELEFON/ CALL UNTUK LOCK ATAU PERGI SENDIRI KE CAWANGAN PUBLIC GOLD TERDEKAT DENGAN ANDA
DAN PASTIKAN INGAT NAMA SAYA YUSMAZRI BIN YUSOF no Dealer PG014105 SEBAGAI INTRODUCER. 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT CUMA CALL SAYA 012-9249287 
Kaedah  :
  1. Anda perlu menyediakan modal mengikut nilai HARGA SILVER/EMAS TERKINI bagi membeli mana-mana product  berikut publicgold.com.my
  • 10g Gold Bar.
  • 20g Gold Bar.
  • 50g Gold Bar.
  • 50g Gold Coin.
  • 100g Gold Bar.
  • 250g Gold Bar.
  • 1 dinar.
  • 5 dinar.
  • 10 dinar .
  • 250g Silver Bar.
  • 500g Silver Bar.
  • 1kilo Silver Bar.
  • Jewellery.

Wednesday, September 28, 2011

Baru-baru ini ada seorang pembeli emas ingin membeli dinar Public Gold beserta bar 10gram. Beliau membeli menggunakan duit raya anaknya pada tahun ini (2011). Tetapi masih ragu2 lagi tentang purity produk emas Public Gold ini. Saya mencadangkan beliau  test sendiri di kedai emas atau mana2 tempat yang mempunyai alat uji emas atau densimeter.. so. korang tahu tak apa itu densimeter?


lihat dalam gambar ---->






alat yang dikenali sebagai desimeter
ada 4 keping emas Public Gold yang diuji puritynya
semoga Allah memberi dan menambah rezeki kepada beliau..
click pada gambar untuk view lebih besar

Tuesday, September 27, 2011

Keuntungan melalui penjualan produk Public Gold

Public Gold menawarkan satu peluang perniagaan emas dengan kos mampu serta keuntungan yang lumayan jika anda faham tentang strategi perniagaannya.Di sini saya akan kongsi bagaimana menjana keuntungan melalui produk Public Gold.
1. Komisen jualan ejen sebanyak 1.5%
2. Keuntungan hasil belian pada harga rendah dan jual pada harga tinggi
3. Keuntungan dari ’buy back’ ,jual kepada umum dan beli semula

Thursday, April 21, 2011

Harga Emas Kekal Tinggi - Berita Harian

pix_gal0











Harga emas kekal tinggi - berita harian


2011/04/21


Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns 

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.

Berita Emas Akhbar Kosmo 21 April 2011

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi



SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.




HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi