Wednesday, June 6, 2012

Bagaimana Cara Membeli Emas Public Gold

Modal atau duitnya sudah ada, tinggal lagi bagaimana cara  membeli emas Public Gold ini. Apa yang akan saya terangkan ini adalah khusus untuk pembelian melalui saya sebagai agen.
1) Sila dapatkan harga semasa emas yang ingin dibeli dengan melayari laman web Public Gold. Atau lihat sebagaimana yang tertera di blog saya sekarang (sebelah kiri).

   <<<<<<------------------------

2) Sekiranya berpuashati dengan harga tersebut, anda boleh call saya di talian 013-9823736 untuk ‘lock’ harga. Perlu diingat, harga emas secara automatik akan dikemaskini setiap 20 minit, jadi ada kemungkinan harga tersebut akan terus kekal untuk jangkamasa 20 minit berikutnya dan mungkin juga akan naik mahupun turun. Sekiranya telah bersetuju melakukan ‘lock’ harga pada awal tadi, kita akan terus berurusniaga pada harga tersebut tanpa mempedulikan harga terbaru. Sikap jujur dan amanah amat perlu dalam perniagaan ini.


3) Setelah bersetuju jenis dan kuantiti emas yang dikehendaki, saya akan nyatakan berapa jumlah bayaran keseluruhannya. Bayaran boleh dilakukan melalui beberapa cara. Sekiranya emas yang dibeli dalam kuantiti dan nilai yang kecil, maka bolehlah dibuat secara tunai sewaktu serahan emas dilakukan dan sekiranya melibatkan kuantiti dan nilai yang agak besar maka demi keselamatan kedua-dua belah pihak, cara terbaik yang saya sarankan ialah dengan memasukkan duit tersebut terus ke akaun bank. samada melalui internet banking atau ATM cash deposit. Risiko duit terhilang di tengah jalan adalah sifar selain slip bayaran tersebut boleh disimpan dan dijadikan barang bukti sekiranya berlaku kesulitan di kemudiannya.Keselamatan duit yang dimasukkan ke akaun adalah terjamin asalkan slip asal bayaran tersebut disimpan dan perlu dikemukakan semasa pengambilan emas.

4) Emas yang dibeli akan diserahkan sebaik saja bayaran dibuat. Lokasi penyerahan adalah atas persetujuan bersama dan pastinya di tempat yang selamat. Setiap emas yang dibeli akan disertakan dengan Sijil Ketulenan Yang Sah (Certificate of Authenticity) dari Assay Office Penang Sdn Bhd.

Oleh itu selesailah satu urusniaga yang mudah dan telus telah dilaksanakan. Tiada apa yang tersembunyi iaitu anda beli emas maka anda akan mendapat emas (fizikal). Simpan untuk jangkamasa sederhana dan panjang maka anda akan memperolehi keuntungan berdasarkan kenaikan harga emas tersebut.

0 comments:

Post a Comment