Tuesday, November 30, 2010

Ringgit dijangka cecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012: MIA

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah RM2.20 berbanding dolar AS menjelang 2012, berikutan pengukuhan berterusan mata wang tempatan itu, kata Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA), Datuk Dr P.H.S. Lim.

"Ringgit, serta mata wang Asia yang lain, semakin menarik dan laris disebabkan oleh masalah kewangan selanjutnya dalam kesatuan Eropah dan memomentum ekonomi AS yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Lim berkata keluaran dalam negara kasar Asia dijangka mencecah 7.1 peratus berbanding purata global iaitu 4.8 peratus bagi 2011.
Beliau berkata Rizab Persekutuan AS sedang menyerap bil Perbendaharaan bernilai AS$600 bilion dan pada masa yang sama, mencetak lebih banyak wang kertas baru.

Sunday, November 28, 2010

Bahaya Sistem Perbankan – Hidup Tanpa Riba

Jika kita melihat kepada situasi semasa dan kita menyusuri titian sejarah, kita akan dapat melihat bahawa sistem riba adalah punca kepada merebaknya penyakit masyarakat.

1 – Runtuhnya kepercayaan kepada jiran

Sistem masyarakat sebenarnya berasas kepada sikap saling mempercayai dan saling bantu membantu.
Zaman sebelum wujudnya bank, masyarakat akan menyimpan harta mereka pada jiran-jiran mereka yang dipercayai.
Siapa tidak kenal seorang lelaki yang digelar Al-Amin ketika Nabi Muhammad masih tidak diberikan wahyu selaku utusan Allah?
Sehinggakan sewaktu Nabi ingin berhijrah, Nabi menyuruh Ali untuk tidur di tempat tidurnya bagi mengembalikan semula amanah masyarakat yang banayk disimpan di rumah baginda.
Apabila bank dibuka, ianya membuatkan orang ramai berpusu-pusu menyimpan duit di dalam bank. Sikap mempercayai kepada masyarakat kejiranan semakin menghilang, dan kini manusia berurusan dengan pihak bank yang tidak dikenali sebelum ini, hanya dikenali sebagai satu syarikat yang ada duit.

Masyarakat diubah mentaliti mereka, bahawa orang yang dipercaya hanyalah manusia berduit yang banyak, dan ini semakin lama semakin merebak di dalam jiwa masyarakat.

Saturday, November 27, 2010

Keratan akhbar tentang emas Public Gold


HARGA EMAS MELAMBUNG – Akhbar Kosmo

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).
Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.
“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.
Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.
“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.
“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.