Friday, October 14, 2011

Emas Fizikal vs Duit Kertas


Kali ini ingin berkongsi pengalaman dalam perbandingan menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan duit kertas (RM).
Pada tanggal 13 Ogos 2010, Emas Zaman memulakan pelaburan emas dengan pembelian (LOCK) beberapa ketul dinar emas (916) dan beberapa ketul jongkong emas (999.9).
Dari beberapa ketul emas yang dibeli tu, cuma ingin mengambil beberapa contoh untuk membuat perbandingan yang ringkas.
Baiklah, mari kita sama-sama saksikan gambaran di bawah:
Permulaan pelabur dengan pembelian Emas Public Gold. Harga 1 Dinar pada masa tersebut (13/8/2010) adalah RM581. (Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)
Ok.. mari kita saksikan pula berapa nilai 10 keping 1 dinar seperti gambar dibawah, pada 13 Ogos 2010:
Oleh kerana nilai 1 dinar pada masa itu adalah bersamaan dengan RM581, maka 10 keping 1 dinar adalah:
1 Dinar = RM581, maka 10 x 1 Dinar = 10 x RM581 = RM5810
Nilai 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 adalah RM5810.
Baiklah, sekarang, mari kita tengok harga 1 dinar pada masa artikel ini ditulis:
Harga 1 Dinar pada 13 Oktober 2011, pukul 11.15 malam.
Sekarang, dengan permulaan 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 dengan harga 1 dinar RM581, pada hari ini 1 dinar telah bernilai RM715(setelah tolak spread). Maka 10 keping 1 dinar yang Emas Zaman simpan pada tahun lepas, telah bernilai RM715 x 10 = RM7150, iaitu keuntungan sebanyak RM1340 atau kenaikan sebanyak 23.1% dalam masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
Itu adalah keuntungan jika Emas Zaman berhasrat ingin menjual dengan harga PG BUY kepada pihak Public Gold. Tapi, oleh kerana Emas Zaman adalah Pengedar Sah Public Gold, Emas Zaman boleh menjual dinar-dinar dengan harga PG SELL kepada pelanggan kerana setiap urusniaga emas adalah tertakluk kepada paparan harga semasa dan spread adalah di ambil kira.
Ok.. cuba anda bayangkan, jika wang kertas bernilai RM5810 tadi disimpan di dalam bank-bank atau dilaburkan di dalam mana2 amanah saham yang ada di Malaysia. Mungkin anda akan mendapat pulangan 10% selepas setahun melabur dalam amanah saham atau mungkin kurang dari itu. Jika 10% maka nilai RM5810 selepas setahun akan menjadi RM6391 iaitu keuntungan sebanyak RM581.
Dengan kuantiti dan berat dinar yang sama yang dibeli pada tahun lepas, nilainya tidak sama pada hari ini… Jika duit RM5810 pada tahun lepas tidak ditukar kepada bentuk emas, berapa nilainya pada tahun ni? ….
Oleh itu, pada pendapat anda, simpanan mana yang lebih untung? simpan RM? atau simpan EMAS?
Tepuk dada tanya selera. Duit anda, pilihan anda. (^_^)
Sekian.
*paparan nota RM dalam penulisan ini adalah sekadar untuk perbandingan sahaja.
sumber: emas zaman

0 comments:

Post a Comment