Tuesday, October 4, 2011

Sorotan Harga Emas


Alhamdulillah,

Segala pujian dan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa atas segala nikmat dan kurniaanNya, dan sehingga ke hari ini telah genap 1 tahun 22 hari saya menjadi Dealer / Ejen Public Fine Gold International Sdn Bhd.

Justeru, sebagai panduan dan dorongan kepada kita semua agar terus konsisten membuat pelaburan ke atas komoditi Emas dan Perak ini, jom kita sorot semula harga Emas & Perak yang telah saya beli pada 12 bulan yang lalu dan mari kita sama-samanbandingkan harganya pada hari ini.

Cuba lihat harga Emas Goldbar 999.9 dengan berat 20g pada 4 Oktober 2010 yang lalu, ia hanya RM2,978.00 sahaja dan anda boleh bandingkan sendiri dengan harga semasa di bahagian tepi blog ini, dan untuk makluman harga bagi emas 20g ini pernah melebihi RM4,000.00 pada bulan September yang lalu.



Begitu juga dengan harga Silver, pada bulan Oktober tahun lalu saya membelinya dengan harga RM3,109.00 sahaja 1 kg, dan pada ketika itu saya membeli sebaanyak 3kg dan telah pun dijual pada bulan Mei yang lalu ketika harganya mencecah melebihi RM6,000.00 untuk 1 kg. Saya hanya membayar RM9,327.00 untuk 3kg Silver  dan selepas menjual kesemuanya pada Mei yang lalu saya mendapat semula wang berjumlah RM18,000.00.

Pada Isnin yang lalu, ketika harga Silver turun sehingga ke paras RM3,400.00/kg, dengan wang RM18,000.00 tersebut saya gunakan untuk membeli lagi Silver dan kali ini saya dapat membeli Silver sebanyak 5kg pula. Dengan prospek kenaikan yang begitu memberangsangkan bagi Silver, harganya dijangka akan meningkat semula dengan pendakian yang lebih tinggi lagi. Tapi cukuplah jika saya mengira keuntungan jika saya menjualnya ketika harganya mencecah ke paras RM6,000.00/kg semula, 5kg x RM6,000.00 = RM30,000.00!!

Dengan hanya menggunakan modal RM9,327.00, dalam masa kurang 2 tahun dalam pelaburan komoditi ini, saya mampu meraih sehingga RM30,000.00, ianya adalah pulangan keuntungan yang hampir mencecah 220% dalam masa yang singkat!!

Bagaimana jika modal yang saya gunakan itu sebanyak RM100,000.00? RM200,000.00? darab sahajalah dengan 220%, dan jika bermodalkan RM445,000.00 ianya bakal menjadi melebihi RM1 Juta!! Tidak hairanlah jika bangsa cina ramai yang membeli Silver, dan minggu lalu sahaja saya terlihat seorang berbangsa cina membeli Silver sebanyak RM350,000.00!!

Ayuh kita ambil iktibar dan pedoman, yang telah berlaku biar saja ia berlalu, namun yang bakal berlaku jangan sesekali kita hanya termenung dan melihat sahaja, kerana peluang tidak akan menanti kita, harga Emas dan Perak juga tidak pernah menunggu kita.

Kepada yang telah bersedia untuk memulakan langkah pelaburan, anda boleh hubungi saya di talian 012-9249287 untuk membuat belian ataupun pendaftaran sebagai Dealer / Ejen Public Gold.

sumber : http://www.pelaburjutawan2.com


0 comments:

Post a Comment