Friday, February 17, 2012

7 "takut" atau fobia orang melayu bila sebut simpanan emas fizikal.

Sebelum saya mula eloklah saya terangkan dahulu, bahawa nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%, tetapi nukilan ini terhasil dari pengalaman pengalaman berbual bual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang tak dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon dan sms.

Kenapa saya letak perkataan melayu di atas? Sebabnya saya belum pernah lagi berbual dengan orang bukan Melayu tentang emas.

Antara perkara yang biasa saya dengar bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Yup, ini duduk "ranking" no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata2 yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf2 menurut negeri2 di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.
Untuk info zakat emas boleh "klik" di pautan ini http://mygoldtrading.blogspot.com/2012/01/zakat-emas.html

Thursday, November 24, 2011

Majlis Fatwa : Syarat-syarat Pelaburan Emas

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:
Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Wednesday, November 23, 2011

Tip mudah test emas..

Untuk mereka yang ingin menjual atau membeli barang kemas, supaya anda tidak tertipu dan tidak didakwa.


1. Pakai barang kemas tersebut sekurang-kurangnya satu hari, jika anda dapat mengesan sebarang tanda pada kulit anda atau perubahan kaler maka emas tersebut mungkin palsu


2. Dengan lembut cocokkan jarum pada emas tersebut, jika jarum tersebut tidak patah, maka emas anda mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

3. Letakkan barang kemas anda hampir kepada magnet, emas yang tulen tidak mempunyai sebarang sifat magnetic, tips ini sesuai untuk emas yang besar/tebal seperti jongkong emas atau (platinum), jika anda rasa barang kemas tersebut seperti melekat kepada magnet tersebut, maka ia adalah palsu.

4. Jika barang anda berupa rantai atau gelang yang boleh diputar, dengan lembut dan perlahan cuba pulas barang kemas tersebut, ia seakan boleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan kepada emas 14 karat ke bawah)

5. Tengok pada cangkuk atau penyambung emas, kebiasannya setiap emas akan ditanda dengan kualitinya seperti 916, 750, atau apa sahaja. Selain itu, oleh kerana emas biasanya dijual oleh tauke-tauke cina, ada beberapa gambarajah (maaf saya tak dapat cari untuk sertakan disini) seperti orang berlari, bentuk rumah, dan sebagainya adalah tanda kualiti emas tersebut samada paun, 916 ataupun emas lama.

Tuesday, November 8, 2011

Teknik 1- Main Ngn Public Gold je

Ada seorang pelabur dan peniaga emas yang dikenali ramai di Terengganu.. telah membuktikan 
bahawa hanya dengan membeli dengan syarikat dan menjual balik juga kepada syarikat. dia memperolehi keuntungan dalam masa 9 bulan sahaja.. kaedah paling mudah.. beli dan simpan dan rasai keuntungan atas kenaikan harga emas.. berikut ialah buktinya..









Lihat gambar di bawah pula yg menunjukkan kenaikan harga emas sebanyak 51% dalam masa 2 TAHUN sahaja..kalau anda mempunyai wang kertas.. nilainya akan susut dimakan inflasi tetapi dengan emas.. nilainya tidak akan susut dimakan inflasi..











Wednesday, October 26, 2011

Tahun ini 2011 sudah nak tutup buku. apabila saya belek-belek diari. tertengok la sejarah harga emas sebelum ni.. cuba lihat pada jadual di bawah, saya tunjukkan pada anda harga emas yang paling tinggi pernah tercatat tahun ini (2011). 


Harga tertinggi bagi tahun (2011), berlaku pada 23/08/2011. Cuba kita tengok pada harga emas bar 10gram. Apa?????, pada masa tu, harga tinggi wooo.. rm2038.. 


jika kita  bandingkan dengan harga sekarang..-> cuba layari www.publicdinar.com.my.. harga sekarang masih di tahap rendah kan. (masa masa article ni di tulis)

pada pendapat saya yang tak pandai ni, tak mustahil harganya akan naik sehingga ke tahap harga itu (tertinggi) atau mungkin lebih lagi di akhir tahun 2011.

jadi apa tunggu lagi.. peluang terbuka luas di depan mata.. walaupun anda bukan dealer.. saya boleh tolong lock kan untuk anda.. cuma telefon atau sms.. insyaAllah saya akan layan anda dengan senyuman. 






Friday, October 14, 2011

Emas Fizikal vs Duit Kertas


Kali ini ingin berkongsi pengalaman dalam perbandingan menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan duit kertas (RM).
Pada tanggal 13 Ogos 2010, Emas Zaman memulakan pelaburan emas dengan pembelian (LOCK) beberapa ketul dinar emas (916) dan beberapa ketul jongkong emas (999.9).
Dari beberapa ketul emas yang dibeli tu, cuma ingin mengambil beberapa contoh untuk membuat perbandingan yang ringkas.
Baiklah, mari kita sama-sama saksikan gambaran di bawah:
Permulaan pelabur dengan pembelian Emas Public Gold. Harga 1 Dinar pada masa tersebut (13/8/2010) adalah RM581. (Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas)
Ok.. mari kita saksikan pula berapa nilai 10 keping 1 dinar seperti gambar dibawah, pada 13 Ogos 2010:
Oleh kerana nilai 1 dinar pada masa itu adalah bersamaan dengan RM581, maka 10 keping 1 dinar adalah:
1 Dinar = RM581, maka 10 x 1 Dinar = 10 x RM581 = RM5810
Nilai 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 adalah RM5810.
Baiklah, sekarang, mari kita tengok harga 1 dinar pada masa artikel ini ditulis:
Harga 1 Dinar pada 13 Oktober 2011, pukul 11.15 malam.
Sekarang, dengan permulaan 10 keping 1 dinar pada 13 Ogos 2010 dengan harga 1 dinar RM581, pada hari ini 1 dinar telah bernilai RM715(setelah tolak spread). Maka 10 keping 1 dinar yang Emas Zaman simpan pada tahun lepas, telah bernilai RM715 x 10 = RM7150, iaitu keuntungan sebanyak RM1340 atau kenaikan sebanyak 23.1% dalam masa lebih kurang 1 tahun 2 bulan.
Itu adalah keuntungan jika Emas Zaman berhasrat ingin menjual dengan harga PG BUY kepada pihak Public Gold. Tapi, oleh kerana Emas Zaman adalah Pengedar Sah Public Gold, Emas Zaman boleh menjual dinar-dinar dengan harga PG SELL kepada pelanggan kerana setiap urusniaga emas adalah tertakluk kepada paparan harga semasa dan spread adalah di ambil kira.
Ok.. cuba anda bayangkan, jika wang kertas bernilai RM5810 tadi disimpan di dalam bank-bank atau dilaburkan di dalam mana2 amanah saham yang ada di Malaysia. Mungkin anda akan mendapat pulangan 10% selepas setahun melabur dalam amanah saham atau mungkin kurang dari itu. Jika 10% maka nilai RM5810 selepas setahun akan menjadi RM6391 iaitu keuntungan sebanyak RM581.
Dengan kuantiti dan berat dinar yang sama yang dibeli pada tahun lepas, nilainya tidak sama pada hari ini… Jika duit RM5810 pada tahun lepas tidak ditukar kepada bentuk emas, berapa nilainya pada tahun ni? ….
Oleh itu, pada pendapat anda, simpanan mana yang lebih untung? simpan RM? atau simpan EMAS?
Tepuk dada tanya selera. Duit anda, pilihan anda. (^_^)
Sekian.
*paparan nota RM dalam penulisan ini adalah sekadar untuk perbandingan sahaja.
sumber: emas zaman

New Produk Public Silver 100gm


New Product : PUBLIC SILVER 100gram

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Di dalam kemelut website yang telah di hack, PG masih mampu mengeluarkan produk baru yang telah lama dinanti-nantikan oleh semua yang menantikan produk mampu milik.

Welcome on board;

PUBLIC SILVER 100 gram


Dengan harga yang menarik,

ia sememangnya mampu mengatasi harga pesaing terdekat :)





Jika berminat untuk lock harga...

sila klik CARA BELI & hubungi saya segera ~ 012-9249287 (mazrie).
# memandangkan ini adalah produk baru,

semua pre-order mungkin mengambil sedikit masa untuk sampai ke tangan pelanggan.