Sunday, October 10, 2010

Emas: Logam yang dimuliakan oleh Allah Taala


SABDA RASULULLAH SAW "AKAN TIBA SUATU ZAMAN DI MANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMMAT MANUSIA. MAKA SIMPANLAH DINAR DAN DIRHAM (UNTUK DIGUNAKAN)" - Musnad Imam Ahmad Ibn Hambal

"ALLAH JADIKAN DUA LOGAM YANG BERNILAI (EMAS DAN PERAK) SEBAGAI PENGUKUR KEPADA BARANGAN DAGANGAN. LOGAM INI SERINGKALI DIJADIKAN UKURAN KEKAYAAN SESEORANG. WALAUPUN ADAKALANYA BARANGAN DAGANGAN LAIN TURUT MENYIMPAN NILAI YANG TERSENDIRI, AKHIRNYA IA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAS DAN PERAK. BARANGAN DAGANGAN LAIN TERKESAN AKIBAT TURUN NAIK PASARAN, SEDANGKAN EMAS DAN PERAK TIDAK." - Ibnu Khaldun -
  
Sebut saja mengenai emas, semua orang yang waras mengenali emas, logam yang paling berharga ini acap kali di jadikan hiasan kaum wanita.


Sejarah dunia telah membuktikan ia adalah logam yang amat bernilai,  bagi memperoleh emas ada yang sanggup berbunuh-bunuhan malahan  ia juga membuktikan emas digunakan bagi menebus kawasan ataupun kota yang ditawan pihak lawan sebagai contoh peperangan yang berlaku sekitar 700sm Raja Yehuda menyerahkan sebanyak 30 talenta emas dan 800 talenta perak kepada Sanherib bagi menebus kota -kota yang ditawan oleh Sanherib.


Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa ia tidak akan berkarat. Oleh sebab itu ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik tetapi oleh sebab ia sangat mahal, wayar elektrik yang digunakan sekarang ini hanya tembaga. Tetapi masih ada alat elektronik memerlukan emas sebagai kompenannya seperti IC dan juga processor komputer kita tetapi kuantitinya terlalu kecil.

Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia dan amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia?

Emas ni memang suatu yg sangat berharga…hinggakan Syurga pun Allah jadikan bejana- bejana dan gelas dari emas dan perak.

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za’faran) dan buminya kasturi.” (Hadis riwayat Al-Bazzar). 

sumber: inspirasiemas

0 comments:

Post a Comment