Prof Umar Ibrahim Vadillo
Profile:
Umar Ibrahim Vadillo was born in 1964. After attending the Augustinian College in Navarre he went to study agronomy at the University of Madrid. While still at university he embraced Islam. There followed a long period of study applying the commercial parameters defined in Islam’s founding legal document Imam Malik’s Al Muwatta, to modern financial practice. This led to his studies on Zakat, which implied the necessary use of the Islamic Gold Dinar and Silver Dirham. He has lectured extensively in various universities, notably in Morocco, Malaysia and Indonesia.
His promotion of an Islamic real wealth currency was adopted by Dr. Erbakan, Turkish Prime Minister until deposed, as well as the late King Hassan II of Morocco who undertook to restore Zakat to its correct legal position, just before his death. Umar Ibrahim Vadillo’s study of Dinar-based finance was used as a working paper by Dr. Mahathir, the former Prime Minister of Malaysia. He is currently engaged in promoting the issue in Indonesia . He resides in Cape Town, South Africa.
Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan  negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi  yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan  terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?
Dinar emas dan Dirham perak adalah mata  wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai  dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang  berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu  komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah  menyebar ke berbagai negara.
Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh  Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal  dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor  Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan  kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan  sistem muamalat Islam.
Dalam satu kesempatan kunjungannya ke  Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta  fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara,  petikannya:
Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?
Kita sebagai bangsa muslim telah  memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata  wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai  dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan  kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti  Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami  depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat  penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang  stabil.
Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?
Bila anda memonopoli mata wang dan hal  itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai  dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus  dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas  nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan  wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah  kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi  pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh  bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun  yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.
Mengapa disebut sebagai perompakan ?
Inflasi hanya menguntungkan segelintir  orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda  meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti,  anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah.  Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada  di dompet kita sudah jatuh nilainya.
Bank ikut selesa dalam sistem ini?
Ketika berbicara mengenai wang kertas,  tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak  berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik.  Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang  kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki  kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh  mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam  bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang  hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka?  Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara  banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal  ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai  keinginan mereka.
Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?
Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah  dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme.  Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank,  maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka  menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya.  Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi  memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan  internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan  Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita  selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka  mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat  demi memperoleh wang tersebut.
Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?
Allah swt telah menekankan bahawa riba  itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam.  Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan  negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan  Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu  Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia.  Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam  satu sistem nilai mata wang.
Nilai emas pernah tergugat  ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak  emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas  juga tak stabil ?
Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama  ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu.  Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang  dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi  seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya  senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang  sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia  hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah  dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu  dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda  hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh  peratus nilainya dari Dinar Dirham.
Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?
This is completely nonsense. Ini seperti  anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda.  Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat  anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda  percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai  200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar,  maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat  Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian.  Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah  negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi,  pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa  muslim.
Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?
Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari  perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar  dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds  sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul  gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa  Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau  bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke  Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih  dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40  hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang.  Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli  barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan  sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus  melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak  ada infrastruktur untuk anda.
Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?
Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan  Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan  sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah  pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen,  tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa  ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini.  Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah  sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di  Madinah. Satu ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di  Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun,  inflasi adalah kosong.
Caranya ?
Langkah pertama adalah pencetakan mata  wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan  kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang  untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang  akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun  guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus  masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa  hidup dalam taifa.
Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?
Kita tahu bahwa tidak ada yang  menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri.  Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan  “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu  riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam  kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang  seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan  keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika  kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama,  beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada  yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita  harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus  mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik  ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.
Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?
Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak  Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka  800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang  merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun.  Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi  perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana  transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada  barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun  terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk  mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini  mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar  dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan.
sumber: publicgold sarawak 
0 comments:
Post a Comment