Sunday, November 28, 2010

Bahaya Sistem Perbankan – Hidup Tanpa Riba

Jika kita melihat kepada situasi semasa dan kita menyusuri titian sejarah, kita akan dapat melihat bahawa sistem riba adalah punca kepada merebaknya penyakit masyarakat.

1 – Runtuhnya kepercayaan kepada jiran

Sistem masyarakat sebenarnya berasas kepada sikap saling mempercayai dan saling bantu membantu.
Zaman sebelum wujudnya bank, masyarakat akan menyimpan harta mereka pada jiran-jiran mereka yang dipercayai.
Siapa tidak kenal seorang lelaki yang digelar Al-Amin ketika Nabi Muhammad masih tidak diberikan wahyu selaku utusan Allah?
Sehinggakan sewaktu Nabi ingin berhijrah, Nabi menyuruh Ali untuk tidur di tempat tidurnya bagi mengembalikan semula amanah masyarakat yang banayk disimpan di rumah baginda.
Apabila bank dibuka, ianya membuatkan orang ramai berpusu-pusu menyimpan duit di dalam bank. Sikap mempercayai kepada masyarakat kejiranan semakin menghilang, dan kini manusia berurusan dengan pihak bank yang tidak dikenali sebelum ini, hanya dikenali sebagai satu syarikat yang ada duit.

Masyarakat diubah mentaliti mereka, bahawa orang yang dipercaya hanyalah manusia berduit yang banyak, dan ini semakin lama semakin merebak di dalam jiwa masyarakat.




2 – Pinjaman dengan bunga, atau memanipulasi sistem jual beli menjadi sistem riba

Apabila bank memberikan pinjaman atau pembiayaan di atas sistem riba, pinjaman yang diberikan kepada seseorang perlu dibayar lebih dari yang dipinjam.

Dalam masa yang sama, pihak bank mencetak lebih banyak duit, dan ini menyebabkan nilai duit kertas yang berputar di dalam masyarakat semakin menyusut nilainya, dan menyebabkan harga barangan meningkat.

Dua perkara ini menyebabkan, seorang suami yang dulunya, gajinya cukup untuk menyara satu keluarga, kini duit yang ada, tidak cukup bagi menampung seluruh ahli keluarganya.

Ini menyebabkan, suami terpaksa meminta bantuan isterinya untuk bekerja sekali bagi menampung kekurangan yang ada.

Kontrak pinjaman, jual beli yang ada dengan pihak bank selama hampir 10 tahun, atau sehingga 25 tahun, menyebabkan kini suami isteri banyak terfokus pada mencari duit bagi mengekalkan pembayaran bulanan kepada pihak bank.

Pihak wanita, perempuan muda, dan isteri kini mempunyai satu persepsi dalam jiwa, bahawa mereka kini sudah tidak boleh bergantung pada lelaki untuk menjadi penjaga mereka kerana  suami yang ada hari ini tidak mampu memberikan perlindungan secukupnya kepada keluarga dan memberikan kehidupan yang seadanya kepada mereka jika mereka mendirikan rumah tangga.

Ini menyebabkan wanita-wanita, didoktrin bahawa mereka perlu menjadi manusia yang mempunyai gaji yang tinggi, bagi mengekalkan kemahuan mereka dalam rumah tangga.

Apabila wanita-wanita mula menunjukkan prestasi dalam pekerjaan, menyebabkan pekerjaan yang dulunya dipegang oleh lelaki, sedikit demi sedikit menggantikan golongan lelaki.

Apabila berlaku lambakan pekerja yang sedia bekerja untuk mendapatkan gaji yang ditawarkan, menyebabkan ramai dari mereka yang secara mudah dieksploitasi oleh golongan majikan mereka.

Secara kasarnya, kesan jangka panjang dari riba yang dibuat pihak bank menjadikan wanita dijauhkan dari fitrah dan naluri mereka sepanjang tunjang masyarakat dalam sebuah keluarga.
Riba yang dihasilkan, menyebabkan masyarakat lebih tergila-gilakan harta.

3 – Runtuhnya sebuah keluarga

Apabila dalam sebuah keluarga, yang mana , suami dan isteri bekerja, dengan masing-masingnya bertemu dengan pelbagai karenah di pejabat, balik dengan seribu satu tekanan kerja, suasana di dalam rumah menjadi tidak sepatutnya.

Suami balik sudah letih lewat malam, perlukan rehat secukupnya untuk terus membanting tulang esoknya.

Isteri atau dengan kata lain, wanita, yang mana mereka secara nalurinya diberikan 1 akal , 9 emosi, dipaksa berfikir dengan akal yang satu itu untuk menjayakan dan menaikkan prestasi syarikat/pejabat/dll , menyebabkan mereka dipaksa melawan fitrah mereka.

Mereka pulang juga dengan masalah yang sama.

Balik ke rumah, diam, interaksi di dalam keluarga berkurangan.

Jika yang punya anak-anak, peluang mereka bertemu anak-anak, hanya pagi, sebelum mereka ke sekolah.
Menyebabkan anak-anak merasakan bahawa ibu bapa mereka lebih sayangkan duit dan kerja mereka, ini menjadikan mereka tidak merasakan ada ikatan yang kuat di dalam keluarga.
Mereka mencari kasih di luar rumah.

Timbullah, isu couple, yang pada mulanya hanya sekadar ingin berkongsi kasih, menjadi lebih teruk kepada perzinaan yang hina.

Bagi sebahagian anak-anak yang lain, mula mencari teman yang boleh mengurangkan masalah mereka atau membuatkan mereka lupa dari keluarga mereka, bermula dengan rokok, kemudian candu, kemudian, arak …….

Ini membarahkan pelbagai lagi penyakit masyarakat yang bermula dari keluarga.

Apa yang pasti, mereka yang terlibat dengan institusi riba ini, sedang memperjudikan nilai masyarakat seluruhnya kepada suatu nilai yang tiada Tuhan.

Riba yang terhasil ini menghancurkan sebuah institusi keluarga yang dahulunya cukup hanya seorang lelaki bekerja,isteri hanya fokus dalam mendidik dan membesarkan anak-anak, tidak perlu memikirkan tentang kewangan keluarga.

Perhatian Kita
Apa yang boleh kita lakukan?
Perkara pertama yang perlu kita sedar adalah, riba ini maksudnya, seseorang itu meletakkan dirinya berperang dengan Allah.

Jika sebuah kerajaan itu, dia meletakkan riba sebagai salah satu dari polisi kerajaannya, membenarkan amalan riba berleluasa di dalam masyarakat, maka Allah akan membebankan kerajaan itu dengan sesuatu yang tidak pernah diduga.

Masalah bunuh diri, tekanan perasaan,membunuh ahli keluarga, rompakan, kecurian yang tidak terbendung, perceraian ahli masyarakat, anak luar nikah, dan senarainya berterusan.

Keduanya, kita perlu sedaya upaya mencari ilmu dan memperkayakan diri kita dengan ilmu mengenai riba, kepelbagaian jenisnya bagi mengelakkan kita termasuk dari mereka yang menerima dan memberi riba, atau terlibat dalam riba.
Riba itu 70 jenis , dan jangan membiarkan agama kalian diletakkan pada mereka yang bergelar mufti kerajaan. Ingat, mufti atau ulama kerajaan ini, mereka diberi gaji oleh kerajaan, dan kebanyakan mulut mereka ditutup.

Ingat kes bekas mufti selangor, apabila dengan keras menegur kerajaan tentang isu ratu cantik?
Tidak lama selepas itu beliau dipecat.
Ini berlaku pada zaman Perdana Menteri ke-4.
Dan apabila ulama ditutup mulutnya, kemusnahan adalah pada masyarakat yang membiarkan agama mereka dibolak-balikkan oleh kerajaan.

Ketiga, sebarkan ilmu mengenai riba kepada kenalan-kenalan terdekat dan masyarakat sekeliling. Media elektronik, papan-papan kenyataan masjid, ceramah-ceramah….Anda lebih mengetahui bagaimana mahu menyebarkan ilmu, sambil berborak dengan rakan-rakan juga kalian boleh lakukan dalam keadaan santai, cukup sekadar peringatan.

by Syazwan Madihah on Tuesday, 09 November 2010 at 01:45

0 comments:

Post a Comment