Assalamualaikum semua,
Ok, memandangkan rata-rata bentuk soalan yang saya terima hampir sama ja minggu ni, jadi harini saya nak tulis serba sedikit tentang pilihan emas yang sesuai untuk anda.
“En Amir, saya baru nak mula beli emas ni, tapi pening la..banyak syarikat emas dah sekarang ni..yang mana bleh dpt untung cepat ya”“Kalau saya beli emas dari company ni ok tak cik amir?”“sy tgk company ni dia juai emas lagi murah la dr PG”“company ni bagus la..dia bagi komisen tinggi..”
Ok jom kita tengok ciri-ciri yang anda perlu lihat sebelum nak buat keputusan utk beli emas.
1. Harga emas mengikut harga pasaran
Pastikan harga emas yang dijual adalah mengikut harga pasaran semasa antarabangsa. Bukan apa, kalau kita beli harga emas lebih mahal dari harga pasaran, nanti nak jual balik susah la nak dptkan untung yang maksima.
Kalau kita tengok harga emas kat website publicgold http://www.publicgold.com.my, harga yang dipamerkan adalah harga semasa mengikut harga pasaran antarabangsa. Anda juga boleh rujuk website kitco http://www.kitco.com untuk mengetahui harga semasa pasaran antarabangsa.
Sesetengah pelaburan emas, mereka menjual emas lebih mahal dari harga pasaran antarabangsa. Tapi kalau nak lebih mahal, pastikan harga emas tu tak lebih mahal daripada harga emas kat kedai2 emas di malaysia. Boleh rujuk harga emas kat web http://goldprice.org.