https://www.youtube.com/watch?v=YMqQZ6v_C6
Saturday, April 2, 2016
Friday, April 1, 2016
Cara kesan RAM Komputer yang bermasalah
Penggunaan RAM yang rosak boleh
menimbulkan pelbagai masalah. Jika anda mendapati komputer anda sering
tergendala dan kerap kali perlu restart untuk menggunakannya, anda
mungkin perlu memeriksa keadaan RAM anda.
Random Access Memory (RAM) akan
mengalami kemerosotan prestasi apabila tiba waktunya suatu masa nanti.
Tiada ada apa yang kekal di dunia ini termasuklah RAM anda.
Simptom-simptom ‘penyakit’ yang sering berlaku apabila RAM anda perlu
digantikan adalah PC kerap tergendala (hang), restart sendiri dan
juga kehadiran BSOD (Blue Screen Of Death). Terdapat sesetengah kes di
mana, komputer yang bermasalah dengan RAM ini boleh digunakan seperti
biasa bila ia baru dihidupkan, tetapi lama kelamaan ianya mula slow
sehinggalah ia ‘hang’ dan akan pulih semula selepas restart. Itupun,
salah satu tanda-tanda RAM yang sudah rosak.
Sebelum hangpa kalut nak pi beli RAM
baru, sebaiknya anda perlu melakukan diagnostik untuk mengesan RAM mana
yang benar-benar perlu untuk digantikan.
Di dalam Windows, turut disediakan
alatan untuk melakukan diagnostik terhadap memori komputer anda. Untuk
mendapatkan alatan ini, anda hanya perlu taipkan memory pada kotak carian (Start > Search untuk Windows 7, sebelah butang Start untuk Windows 10). Dari situ, pilih Windows Memory Diagnostic.
Dari tetingkap yang dipaparkan, klik Restart now and check for problems.
Windows akan dimatikan dan komputer akan
dihidupkan semula bentuk program diagnostik memori. Sementara itu, anda
hanya perlu tunggu untuk beberapa minit dan apabila ia selesai, ia akan
dihidupkan kembali ke Windows.
Seterusnya selepas selesai dan kembali semula ke Windows, anda taipkan event pada kotak carian dan pilih Event Viewer.
Pada bahagian tepi kanan Event Viewer, kembangkan Windows Logs dan klik pada System. Kemudian, klik kanan pada System (anda perlu klik terlebih dahulu pada System sebelum klik kanan) dan pilih Filter current log.
Seterusnya, satu kotak dialog baru akan dibuka. Dari kotak dialog berkenaan, pilih menu drop downn pada Event Source dan cari MemoryDiagnostics-Results dan tandakan pada kotak disebelahnya. Klik OK dan tutup kotak dialog.
Kembali ke Event Viewer, sebuah senarai berkenaan diagnosa memori akan dipaparkan.
Klik pada senarai berkenaan dan maklumat lanjut berkenaan memori anda diceritakan di dalam log ini.
Jika event viewer memaklumkan bahawa
terdapat masalah pada RAM anda (contoh diatas menunjukkan komputer ini
tiada masalah RAM), matikan komputer anda dan tanggalkan RAM-RAM dan
tinggalkan hanya satu sahaja. Kemudian hidupkan semula komputer dan
ulangi langkah-langkah diagnosa RAM seperti yang diterangkan di dalam
artikel ini. Ulang untuk setiap RAM sehingga anda dapat benar-benar
dapat mengesan RAM mana satu yang bermasalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)